Thursday, 10 December 2015

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH


Manusia normal tidak akan lari daripada masalah. Tidak kira masalah kecil atau besar, ia pasti mendatangkan tekanan kepada kita. Menurut francais, 1990, beliau berkata, sekurang- kurangnya ada empat ciri penting di dalam individu yang menjadikan seseorang penyelesaian masalah yang berkesan seperti motivasi yang kuat, trait yang positif, jati diri yang kuat dan membina kemahiran.
Motivasi yang kuat di dalam diri seseorang yang bersikap positif dan tidak mudah mengalah dengan semua kesukaran. Tidak semua orang mampu memiliki motivasi yang tinggi di dalam diri masing-masing. Selain itu, memiliki trait yang positif di mana sifat-sifat peribadi seseorang yang membolehkannya mencapai kejayaan. Ia memerlukan emosi yang stabil untuk menyelesaikan masalah secara objektif. Jati diri yang tinggi amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah kerana tanpa jati diri atau keyakinan yang mantap untuk menyelesaikan masalah, masalah tidak akan selesai kerana kita sendiri yang dihantui oleh baying-bayang sendiri!
Membina kemahiran  melalui program-program motivasi dalam membantu kita dalam mencari solusi permasalahan kita. Menurut (chang dan Kelly, 1993) terdapat enam langkah dan lapan langkah menurut (Francis, 1990) dalam menyelesaikan masalah. Antaranya ialah:

Model penyelesaian masalah enam langkah( chang dan Kelly,1993):
1.       Kenal pasti masalah
2.       Analisa punca masalah
3.       Kenal pasti cara penyelesaian
4.       Pilih penyelesaian terbaik
5.       Bentuk plan tindakan
6.       Pelaksanaan dan penilaian

Model penyelesaian masalah  lapan langkah (Francis, 1990)
1.       Tuning in
2.       Objective setting
3.       Success measurement
4.       Information collection
5.       Decision making
6.       Planning
7.       Action
8.       Review to improve

KETEGORI MASALAH
Terdapat enam jenis masalah yang di highlight oleh Francis iaitu misteri, tugasan(assignment), kesukaran(difficulties),peluang, tidak pasti(puzzles) dan dilemma.

MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK 
Langkah pertama: mendefinisikan masalah
Langkah kedua: mengkelaskan masalah
Langkah ketiga: tentukan objektif
Langkah keempat: tentukan ukuran kejayaan
Langkah kelima: kutipan data
Langkah keenam: membuat keputusan
Langkah ketujuh: melaksanakan keputusan yang diambil

Penyelesaian masalah secara saintifik
1.       Mengadakan hypothesis
2.       Mengumpul maklumat yang diperlukan
3.       Membuat kesimpulan
Penyelesaian masalah melalui perasaan
1.       Kecerdasan emosi mengandungi lima domain utama iaitu:
2.       Kebolehan mengetahui emosi sendiri.
3.       Kebolehan dalam pengurusan emosi.
4.       Kebolehan meningkatkan motivasi.
5.       Kebolehan mengenal emosi orang lain.
6.       Kebolehan menjalinkan persaudaraan.

No comments:

Post a Comment